“Mereka Diam Sahaja, Macam tak Ikhlas Nak Bagi” – Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha Tuntut RM10K Daripada Program MeleTop

Hiburan

“Mereka Diam Sahaja, Macam tak Ikhlas Nak Bagi” – Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha Tuntut RM10K Daripada Program MeleTop

Memetik Harian Metro, waris kepada pelakon dan pelawak Allahyarham Hamid Gurkha dikatakan masih menantikan wang berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat rancangan TV yang tertunggak sejak tahun lalu.

Anak perempuan Allahyarham Hamid, Nor Azian memaklumkan bahawa arwah bapanya telah dianugerahkan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 yang berlangsung pada Mei tahun lalu dan diberi hadiah wang bernilai RM10,000.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sebulan selepas itu, bapa meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Sebenarnya selepas program itu berakhir, kami tunggu duit masuk tapi sehinggalah dia meninggal dunia pun tiada juga. Kami pun macam dah terlupa berkenaan duit itu.

Kemudian emak ingatkan hal ini dan saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.

Saya berhubung dengan wakil produksi bernama Lala yang banyak membantu. Saya bagi dokumen ini yang diserahkan kepada Jabatan Kewangan dan Undang-Undang, tapi selepas itu mereka diam saja.

Azian kemudian menghubungi pihak produksi tersebut kembali dan dimaklumkan bahawa wang terbabit difaraid kerana sudah menjadi pusaka.

Ujarnya lagi, mereka adik beradik tidak bercadang untuk mengambil duit itu sebaliknya ingin memberi wang berkenaan kepada emak sebagai tanda kasih sayang.

Isu berlanjutan apabila pihak penerbitan tersebut hanya berdiam diri dan kemudian mengarahkan keluarga arwah untuk melantik peguam untuk urusan tuntutan wang berkenaan.

Kemudian mereka sekali lagi kata kena ambil peguam pula. Bagi saya, takkan perkara ini nak kena guna peguam. Agak rumit nak bayar peguam lagi sedangkan wang yang dituntut cuma RM10,000. Kakitangan mahkamah yang kami jumpa pun tak galakkan kami guna peguam dan minta kami angkat sumpah.

Kami bukan nak doa, tapi berapa lama lagi dia nak hidup. Entah sempat atau tidak dia nak rasa duit itu. Kalau dia tiada lagi susah nak selesaikan benda ini,” katanya.

Kami bukan orang berada untuk bayar kos peguam. Kami akan anggap sagu hati yang nak diberikan itu hanya kata-kata. Ia macam tak ikhlas nak bagi.

Berikutan itu, Azian berharap pihak terbabit mempercepatkan proses dan berkata mereka akan melupakan sahaja perkara itu jika terpaksa menggunakan khidmat peguam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

malam pagi
1 year ago

"Pemuda Fasik, Hidup Bergelumang Dengan Maksiat" - Individu Dakwa Penulis Lagu 'Malam Pagi' Tiada Iman!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...