“Mereka Dah Biasa..” – Kieda Crepe Dakwa Selain Rumahnya, Rumah Kak KM Juga Dirompak Oleh Suspek Sama

Kehidupan

“Mereka Dah Biasa..” – Kieda Crepe Dakwa Selain Rumahnya, Rumah Kak KM Juga Dirompak Oleh Suspek Sama

Usahawan makanan, Kieda Crepe mendakwa suspek yang telah merompak dan melarikan barang kemas serta duitnya itu merupakan kumpulan sama yang berjaya memecah masuk kediaman usahawan, Kak KM.

Suspek adik-beradik dan suami isteri

Melalui hantaran di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra memberitahu keempat-empat suspek yang telah direman itu adalah ahli keluarga dan mereka merupakan orang sama yang telah merompak rumah Kak KM di Rawang sebelum ini.

Advertisement

Empat suspek yang terlibat dalam kes saya adalah suami isteri dan adik beradik. Mereka sudah biasa pecah (masuk) rumah Kak KM, pernah juga pecah rumah founder Selangor.

 

Semua suspek itu saya dan suami langsung tidak kenal. Mereka duduk di Kuantan, tapi buat kerja (merompak) di Penang. Rupanya mereka buat road tour.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Semoga ada keadilan

Tambah Kieda lagi, menurut maklumat yang disampaikan oleh pihak D4 dan IPD Kepala Batas, suspek-suspek itu masih aktif membuat kegiatan jenayah meskipun sedang berdepan dengan prosiding kes rompakan di rumah Kak KM lalu.

Namun, Kieda tetap berasa syukur setelah mendapat perkembangan dalam siasatan dan berharap agar dirinya dan suami mendapat keadilan.

Hari ke-44 dapat jawapan, sedikit menenangkan hati saya dan suami. Hilang sedikit trauma.

 

Kami juga menunggu siasatan yang sedang berjalan sekarang ini. Empat suspek itu sudah direman. Semoga ada keadilan.

@kiedacrepepenang  ♬ original sound – KIEDACREPEPENANG

Terdahulu, Kieda tular di media sosial setelah dirinya mendedahkan telah dirompak dan kehilangan barang kemas dan duit yang semuanya bernilai RM800,000 pad 25 April lepas.

kieda crepe
4 months ago

"Macam Mana Perit Kami Hadap.." - Kieda Crepe Berterima Kasih Pada PDRM Atas Penangkapan Suspek, Bersyukur Didoakan Orang Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...