Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menzahirkan perasaan kurang bersetuju dengan pendekatan yang cuba diambil Menteri Kesihatan berkenaan dengan golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19.
Ujar Dr Sheikh, golongan ini sepatutnya diberikan penerangan sewajarnya kerana besar kemungkinan mereka kurang ilmu pengetahuan dan peka mengenai hal-hal berkaitan dengan vaksin.
Jelasnya lagi, golongan ini bukanlah anti vaksin namun hanyalah anti COVID-19 vaksin di mana mereka ini cuma merangkumi 5 % jumlah populasi rakyat Malaysia.
Saya kurang bersetuju dengan cara pendekatan Menteri. Pertamanya mereka bukanlah anti-vaxxers. Cuma anti COVID019 Vaccine. Ada perbezaannya dan mereka juga kurang peka agaknya. Jumlah mereka begitu kecil hanya 5%. Ada sebab mengapa bertindak demikian.
Sebagai orang berilmu, kita harus dekati mereka dengan ilmu juga. Lebih banyak bukti berasaskan saintifik diperlukan. Lebih banya perbincangan diperlukan. Berjumpa, sapa dan cuba dekat mereka. Jelaskan kepada mereka dengan cara yagn rendah hati. Setiap orang mempunyai hak untuk memilih apa yang harus dilakukan dengan kehidupan mereka seperti yang mereka rasa sesuai.
Perkara tersebut dikongsikan Dr Sheikh menerusi sebuah hantaran panjang lebar di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Kata Dr Sheikh, tidak perlu menggunakan cara mengancam namun memerlukan pendekatan yang lebih baik seperti orang yang bertamadun.
Dia dalam pada itu sempat memaklumkan bahawa dirinya kini sudah lengkap dua dos vaksin dan memahami mengapa sesetengah orang menolak untuk menerima vaksin.
Terdahulu, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin ada membuat satu kenyattan yang mencetuskan kontroversi di mana dia mahu mengambil pendekatan ‘menyusahkan’ hidup mereka yang tidak mahu menerima vaksin dengan sengaja.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.