“Mereka Bukan Tak Tahu Tapi Buat-Buat Tak Tahu” – Elvina Sifatkan Penyondol Hanya Mahu Hidup Mewah

Hiburan

“Mereka Bukan Tak Tahu Tapi Buat-Buat Tak Tahu” – Elvina Sifatkan Penyondol Hanya Mahu Hidup Mewah

Pelakon, Datin Elvina Mohamad berkata segelintir wanita sanggup merampas suami orang disebabkan terlalu mengejar kehidupan mewah.

Memetik dari HibGlam, pelakon itu berkata ada wanita sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri sedangkan perkahwinan bukan seindah yang dibayangkan.

Advertisement

Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat, nak hidup mewah hanya sondol sahaja suami orang.

elvina mohamad

Pelakon itu turut berkata kehidupan selepas berkahwin tidaklah seindah yang disangka.

Bila masuk perkahwinan, semua itu tak seindah seperti yang mereka sangka. Saya sudah tujuh tahun berkahwin dan macam-macam sudah kami lalui.

Elvina turut mendedahkan dia masih berterusan menerima mesej yang ‘pelik’ dalam media sosialnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

Masa kami kerap kongsi (foto bersama suami) orang masih mesej. Mereka bukan tak tahu, mereka hanya buat-buat tak tahu dan sengaja nak mengacau.

elvina husband

Pelakon itu turut menasihati para wanita supaya memiliki kerjaya sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan suami.

Sebagai info tambahan, Datin Elvina Mohamad dan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.

cik epal dewi
2 months ago

"Aku Sedekah Duda Aku Je, Dasar Tak Tahu Malu!" - Cik Epal Buat Laporan Polis, 'Warning' Dewi Pulangkan Beg RM12K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...