“Mereka Bimbang Ia Mungkin Tercicir” – Anthony Loke Umum Penggunaan My50 Tidak Lagi Terhad Kepada MyKad

Travel

“Mereka Bimbang Ia Mungkin Tercicir” – Anthony Loke Umum Penggunaan My50 Tidak Lagi Terhad Kepada MyKad

Menjelang tahun 2025, pengguna pas bulanan My50 tidak perlu lagi menggunakan MyKad kerana pilihan pembayaran alternatif akan diperkenalkan.

Menurut New Straits Times, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kaedah pembayaran baharu yang telah dirancang oleh pihak berkepentingan termasuk penggunaan kad Touch ‘n Go.

Advertisement

Anthony Loke

Menteri itu turut berkata peralihan ini juga bertujuan untuk merevolusikan lagi sistem digital pengangkutan awam negara.

Sebaik sahaja proses integrasi sistem selesai, pengguna akan dapat menggunakan kad Touch ‘n Go atau mengakses melalui telefon pintar dengan menggunakan kod QR.

 

Perubahan ini dibuat kerana pengguna merasakan bahawa penggunaan MyKad kurang sesuai untuk pengangkutan awam di bawah inisiatif My50.

MyKad

Mereka tidak suka menggunakan MyKad setiap kali untuk imbasan kerana bimbang ia mungkin tersalah letak atau tercicir.

Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk digunakan pada perkhidmatan rel dan bas yang dikendalikan oleh Prasarana.

Menteri itu turut memberitahu bahawa dalam tempoh lima tahun sahaja, pengguna pas My50 telah meningkat sebanyak dua kali ganda dan ini menunjukkan bahawa inisiatif ini telah menarik lebih ramai orang untuk menggunakan pengangkutan awam.

My50

Sekadar info tambahan, MY50 adalah pas penggunaan pengangkutan awam LRT, MRT, Monorel, BRT dan bas RapidKL untuk 30 hari secara tanpa had. Sehingga hari ini sudah ada sekitar 220,000 pengguna aktif bulanan berbanding pada tahu 2019 yang hanya mempunyai 98,000 sahaja.

Kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

andika putera
1 month ago

"Geli! Sangatlah Attention Seeker" - Geng 'Old Money' Andika Putera Teruk Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...