“Mereka B*gelkan & Gesel Kemaluan Pada Saya..” – Pempengaruh TikTok Dedah Kelakuan Ustaz

Kehidupan

“Mereka B*gelkan & Gesel Kemaluan Pada Saya..” – Pempengaruh TikTok Dedah Kelakuan Ustaz

Baru-baru ini, personaliti media sosial TikTok iaitu Jelly Belly mengejutkan orang ramai selepas berkongsikan pengalaman pahit menjadi mangsa buli ketika bersekolah di sebuah institusi agama.

Personaliti media sosial dibuli sebab ‘lembut’

Dapat dilihat dalam perkongsian tersebut, Jelly berkata pengalaman pahit itu membuatkan dirinya tidak merasai nikmat alam persekolahan seperti pelajar lain.

Advertisement

Saya bersekolah di sekolah agama. Saya agak kesal dengan apa yang terjadi pada saya. Mereka tak boleh terima saya lembut.

Perkongsian itu mengejutkan orang ramai selepas personaliti media sosial itu mendedahkan dia bukan saja dipukul, malah pernah dibogelkan oleh pembuli.

@jellybelyyykorang rasa apa perasaan orang yang buli kita tanpa meminta maaf dengan kita.. diorang hidup tenang ke? maaf saya tanya dengan nada lembut 🥺

♬ Sedih Menyayat Hati – Yuda Pratama

“Punggung saya ditepuk, kemaluan dia digesel-gesel..”

Apa yang lagi saya tak boleh terima, mereka pernah bogelkan saya. Punggung saya ditepuk dan kemaluan dia digesel-gesel pada saya.

Lebih sedih, aduan yang dibuat kepada pihak berwajib di sekolah tidak diendahkan dan seorang ustaz yang merupakan guru disiplin sekolah berkenaan malah menyalahkannya kerana berperwatakan lembut.

Dan, saya dirotan oleh ustaz itu. Saya sampai nak berhenti sekolah. Sakit sangat apabila dibuli. Saya maafkan, tapi saya tak boleh lupakan.

rita rudaini
2025-08-19 15:27:40

"Senior Pukul & Ikat Pelajar Sampai Tak Boleh Berjalan" - Rita Rudaini Dedah Sekolah Simpan Kes 'Bawah Karpet', Anak Rasa Macam Dalam Penjara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...