Baru-baru ini, sewaktu menjawab pertanyaan peminat, penyanyi Shila Amzah menyifatkan rakan selebritinya, Jihan Muse, Zara Zya dan Fara Fauzana sebagai teman yang baik kerana kekal menjaga privasi.
Kata Shila, biarpun mereka mengetahui kemelut yang berlaku, ketiga-tiga selebriti itu sentiasa memahami dan kekal menutup aib keluarga.
Seorang peminat bertanyakan soalan di Instagram Story jika rakan-rakan selebritinya itu tahu ataupun tidak mengenai masalah keluarga yang sedang dihadapi oleh penyanyi itu sekarang ini.
View this post on Instagram
Mereka tahu semuanya tapi mereka memang baik sebab tak pernah lagi privasi kami semua dibocorkan dekat mana-mana. Love #saffjmzz.
Sebelum ini, kemelut adik-beradik Shila Amzah mula tercetus apabila adik bongsunya, Syada Amzah memuat naik hantaran di Instagram Story mendakwa beberapa orang datang ke rumah biarpun tiada sebarang notis yang menyatakan rumah itu bakal dijual.
Sedar adiknya memerli, Shila Amzah tidak mendiamkan diri dan mengakui akan menjual rumah banglo tersebut dengan hasrat mahu membelikan kediaman baru.