Baru-baru ini di platform Threads, pelakon Rashidi Ishak berpendapat orang ramai tidak perlu meminta golongan selebriti terkenal bersuara tentang konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.
“Mereka akan sokong sekiranya ada sifat kemanusiaan..”
Namun begitu, pelakon berusia 51 tahun itu berkata sekiranya selebriti itu mempunyai sifat kemanusiaan dalam diri serta kesederan mengenai isu ini, mereka sendiri akan berkongsikan sebagai tanda sokongan di platform media sosial.
Jika mereka mahu (bersuara), mereka akan lakukan itu. Mereka (selebriti) akan menyokong Gaza sekiranya ada sifat kemanusiaan dalam diri.
Minta hormat keputusan selebriti yang enggan berkongsi
Dalam pada masa yang sama, Rashidi juga merasakan jika golongan berpengaruh enggan membuat perkongsiaan mengenai konflik yang berlaku di sana secara umum di media sosial, dia meminta agar warganet menghormati keputusan itu.
Jika tidak, biarkan mereka. Kita harus kekal beradab dan menghormati satu sama lain.
View this post on Instagram
Sebelum ini, terdapat beberapa netizen yang tampil menyeru beberapa selebriti secara terbuka untuk tidak kekal mendiamkan diri daripada bersuara konflik yang berlaku di Palestin.
Malah, mereka juga menekankan perkongsian semula berkenaan isu di Palestin tidak mencukupi, sebaliknya mahu selebriti-selebriti serta pempengaruh menunjukkan sokongan secara aktif, termasuk menyebarkan inisiatif yang sedang dijalankan oleh Flotilla Sumud Global.