Merdeka 56 Hadir Dengan Logo Yang Tidak Menghampakan

Trending

Merdeka 56 Hadir Dengan Logo Yang Tidak Menghampakan

Pasti anda semua masih ingat isu Logo Merdeka 55 yang hadir dengan rekaan logo yang bullshit. Sehingga isu itu membuatkan seluruh designer di malaysia naik marah dengan kualiti Logo yang sangat hancur dan mereka sendiri mengadakan contest untuk mencipta logo yang bergitu menarik dan kreatif. Merdeka kali ini hadir dengan logo yang agak jernih mata memandang dan tiada lagi selitan ‘1Malaysia’. Rasional logo: Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

logo_merdeka_56

Advertisement

‘MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’ dipilih sebagai tema untuk Merdeka 56 dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke 56. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Sambutan hari Kemerdekaan tahun ini mengfokuskan pada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Tapi lagu Kemerdekaan kali ini agak menghampakan. Yes. Serius menghampakan.

Apapun. Sambutan kemerdekaan bukan terletak pada logo dan lagu yang hambar. Ia adalah nilai yang ada pada diri kita sendiri. Sejauh mana merdekanya jiwa kita. Sejauh mana merdekanya fikiran kita. Sambutlah merdeka dengan keadaan yang aman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...