Merayau Tengah Jalan Hanya Berseluar Dalam, Lil Nas X Ditahan Polis Selepas Disyaki Terlebih Dos Dad*h

Hiburan

Merayau Tengah Jalan Hanya Berseluar Dalam, Lil Nas X Ditahan Polis Selepas Disyaki Terlebih Dos Dad*h

Penyanyi rap terkenal antarabangsa, Lil Nas X ditahan polis selepas didakwa merayau di jalan dalam keadaan hampir bogel di kawasan Studio City, Los Angeles kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan), Jumaat.

Menurut laporan, penyanyi berusia 26 tahun itu turut dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengambil dadah secara berlebihan.

Advertisement

Merayau pakai seluar dalam

Ketika kejadian, orang awam ternampak Lil Nas X atau nama sebenarnya Montero Lamar Hill merayau di kawasan berkenaan dengan hanya memakai seluar dalam dan but sebelum membuat laporan polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lil NAS X FRENCH (@lilnasxfrench)

Ketika pasukan polis daripada Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) tiba di lokasi, penyanyi tersebut dilihat masih berjalan di jalan raya dan bertindak menahannya dengan segera.

Serang pegawai polis

Terdahulu, jurucakap LAPD mengesahkan menerima panggilan namun tidak mendedahkan identiti suspek yang dikatakan menyerang pegawai polis.

Pagi tadi, sekitar jam 5.50 pagi, pegawai memberi maklum balas kepada satu panggilan di blok 11000 Ventura Blvd mengenai seorang lelaki bogel yang berjalan di jalan raya.

“Setibanya di sana, suspek meluru ke arah pegawai dan ditahan. Dia dibawa ke hospital tempatan kerana kemungkinan terlebih dos dan ditahan di bawah kesalahan serangan ke atas pegawai polis,” katanya.

Setakat ini, masih tiada sebarang maklum balas atau kenyataan dikeluarkan oleh wakil penyanyi berkenaan tentang insiden yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Caprice
2025-08-22 09:38:48

Letak 'Background' Lagu Cindai , Caprice Dedah Polis Datang Rumah Saudara - "Dengar Ni, Korang Akan Tahu Kes Apa.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...