Nama pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim meniti di bibir netizen gara-gara kemunculannya dalam drama Wanita Syurga kerana lakonannya yang dikatakan meninggalkan kesan di hati penonton.
Siti yang membawa watak Ardini menggalas tanggungjawab dalam memberi gambaran isteri yang kecewa dan tersakiti kepada penonton.
Kematangan Siti Khadijah dalam naskah ini nampaknya telah membuatkan peminat drama tempatan memuji taraf lakonan pelakon berusia 27 tahun itu.
Dalam satu hantaran Instagram, Siti menzahirkan rasa bersyukur kerana digandingkan dengan pelakon senior Marissa Yasmin yang membawa watak sebagai ibu mentuanya.
Id like to thank kak marissa for being such a good good sparring to me during this scene..This scene juga sangat bermakna bagi siti, disebabkan ardini, telah wujudnya rasa mempunyai cahaya mata. Rasa yang tak semua orang boleh rasa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji dan mengharapkan Siti Khadijah mendapat pengiktirafan atas kualiti yang ditonjolkan dalam drama itu.
@.wanita.syurga Rasa mcm Farah nak tolak anak2 tu dalam pool sebab dengki kan Ardini cakap dgn Amar EPISOD 26 Strim IQIYI 8pm… TV3 7PM #WanitaSyurga #wanitasyurgatv3 Kredit @dramasangat Arahan #rizabaharudin Slot Akasia #TV3 Episod : 35 Pelakon #Sitikhadijah #sitikhadijahhalim #RedzaRosli #nafiezzaidi #nazimothman? #shahiskandarmahfuz #RienaDiana #PuteriKhareza #marisayasmin #amyzaaznan #anmiemosha #arieanamikaylaa #syazuwanhassan #putriiesya #dzulhadziq #aidilaziz
Even x tgk cerita ni, tp bila tgk scene ni i cry hard. Ulang byk kali pun cry. Dia punya feel tu sampai terbaikk!
Baru tgk sedutan je dah cry aku pon😢dpt merasai menjiwai la watak ardini tu..terbaik siti..
Drama Wanita Syurga ditayangkan di slot Akasia jam 6.50 petang TV3. Turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Riena Diana, Nazim Othman, Marisa Yasmin dan ramai lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.