Siapa yang pernah pergi bercuti ke Indochina? Memandangkan sekarang ni pun sudah hampir menjelang hujung tahun, pasti ramai yang sedang merancang percutian kan? Kali ini kami kongsikan percutian selama 9 hari di Indochina dengan bajet lingkungan RM1000 sahaja.
Untuk pengetahuan anda, Indochina merupakan gabungan enam buah negara iaitu Cambodia, Laos, Vietnam, Malaysia, Thailand dan Myanmar. Untuk perkongsian kali ini dikongsikan oleh pengguna Twitter Hawa Nabilla yang bercuti di Vietnam, Cambodia dan Thailand.
Hari pertama
Sebaik penerbangan tiba di Ho Chi Minh, anda boleh menaiki yellow bus dengan harga 20,000 dong (RM 4) untuk ke HCM city. Penulis menetap di The Color Stay Hotel dengan harga penginapan 298,000 dong (RM 54) untuk empat orang. Untuk seorang bersamaan RM 13.50.
Antara tempat yang boleh dilawati:
- Ben Than Market
- Saigon Central Post Office
- Notre Dam Chatderal
- Ho Chi Minh City’s Book Street
- Malaysian Street
Hari kedua
Penulis menaiki sleeper bus dari Ho Chi Minh ke Pan Thiet untuk sampai ke destinasi mereka iaitu Muine. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Pakej tour yang diambil termasuk untuk semua tempat ini:
- Fairy Stream
- White Sand Dunes + Lotus lake
- Red Sand Dunes
- Fishing Village
Hari ketiga
Untuk ke Phnom Penh, penulis menaiki bas dari HCM yang mengambil masa enam jam perjalanan. Semasa menaiki bas anda perlu menyerahkan passport untuk diserahkan kepada pihak imigresen sempadan Vietnam-Cambodia.
Anda boleh lawati semua tempat menarik ini tanpa sebarang harga dikenakan:
- Al Serkal Mosque
- Central Market
- Phnom Penh Night Market
- Royal Palace
Hari keempat
Antara tempat yang wajib anda lawati sudah semestinya Angkor Watt. Untuk tour pakej di Angkor Watt pas sehari berharga RM148. Walaupun agak mahal tetapi oleh kerana kawasannya yang besar jadi ianya sangat berbaloi.
Hari kelima dan keenam
Penulis meluangkan masa selama dua hari di Bangkok dengan menaiki bas dari Siem Reap. Harap maklum perjalanan ini agak jauh kerana penulis menaiki bas dari pukul 8 pagi dan tiba dalam jam 6.30 petang.
Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sana:
- Klong Lat Mayom Floating Market
- Wat Arun (entrance : RM6. 80)
- Flower Market
- Asiatique
Hari ketujuh
Hari kelapan
Untuk peminat makanan dimsum, anda wajib lawati Chabura Dimsum untuk mencuba pelbagai juadah menarik yang dijual di sana. Tengok gambar sahaja dah boleh terliur dibuatnya!
Hari kesembilan
Untuk hari terakhir, penulis menikmati sarapan pagi di Kimyong Market yang jaraknya tidak jauh dari hotel.
Tips:
- Sim card boleh beli di Klook.
2. Jangan lupa beli travel insurance, beli awal lagi murah
3. Kalau nak withdraw duit, cari atm bank Malaysia (CIMB, Maybank) kalau tidak charge RM40
4. Bawa maggi.
Banyak kan tempat menarik yang boleh dilawati? Jadi untuk anda yang masih tak tahu nak bercuti di mana boleh lah ikuti itinerari yang disediakan ini. Untuk kos perbelanjaan dan sebagainya boleh ke laman Twitter ini untuk tahu lebih lanjut.
Selamat bercuti!
Sumber: Twitter