Kalau cakap bab nak travel dengan anak-anak kecil mesti anda anggap itu salah satu pengalaman ngeri kan? Mana taknya nak layan keranah anak kecil kita. Fuh pening! Dengan nak kena check-in lagi, nak kena tunggu lama lagi dalam flight. Lepas tu nak kena tunggu lagi kalau flight delay. Pening!
Sebenarnya, nak melancong dengan anak-anak kecil ni mudah je kalau perancangan awal dibuat. Kita hanya kena pastikan anak-anak berada dalam keadaan anak kita yang bagus sahaja untuk mendapatkan perjalanan yang selesa tambahan pula bila menaiki kapal terbang.
Ini pertama kali saya bawak anak travel naik flight ni. Agak mencabar juga tapi kalau dah planning semua insya allah senang sangat. Sebenarnya senang je travel dengan baby umur bawah 2 tahun ni dan tak banyak songeh. Ini saya ada kongsikan serba sedikit tips untuk travel dengan anak kecil.
Saya ambil flight malam, masa tu memang kena dengan masa tidur anak. Dan senang nak handle tapi sebelum tu memang saya akan bagi baby tu makan dulu semua.
Macam saya, saya bawa satu luggage memang sedia untuk check-in, satu beg galas untuk letak makan and susu anak. Yang ini saya letak baju extra, kain lampin tebal, pampers dan juga stokin.
Sebelum berlepas
Sementara menunggu untuk ‘boarding’, saya biarkan anak-anak berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitar. Kalau boleh sebelum beli tiket penerbangan, pilihlah tempat duduk yang selesa dan sesuai untuk anda membawa anak kecil. Dan memang hari tu saya ambil yang paling depan sebab luas kan.
Sewaktu menunggu untuk berlepas juga penghawa dingin di dalam kapal terbang kurang sejuk maka bayi boleh juga merasa kepanasan, tidak selesa dan meragam.
Semasa berlepas dan semasa mendarat
Yang ni kena titik beratkan sebab waktu ini, kadang-kadang anak akan menangis sebab terkejut dan merasa tekanan yang kuat.
Untuk mengelakkan hal tersebut terjadi, apa kata bagi anak minum susu atau breastfeeding. Macam saya, saya akan bagi baby menyusu sebab tak nak bagi tekanan yang terlalu kuat sangat. Apabila dah duduk, pakaikan seatbelt dan berikan susu pada bayi anda.
Selepas mendarat, pastikan anda biarkan yang lain turun dulu. Sekejap lagi sesak berebut susah pula kan. Anda kena bersama bayi tunggu hingga menjadi orang yang terakhir menaiki pesawat. Oleh yang demikian, bayi anda tidak akan merasa kurang selesa dan overwhelmed.
Tips: Jika anda yang terakhir memasuki pesawat, maka bayi tidak lagi perlu menunggu lama untuk berlepas.
Susu anak dan air panas
Kalau ikutkan semasa security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk. Tapi kadang-kadang security lepaskan sebab untuk bayi anda. Namun di luar negara, security sangat ketat. Air suam atau panas boleh diminta pada pramugari. Mereka tahu nak buat air suam untuk bayi. Anda cuma perlu minta saja.
Changing table dalam tandas
Begini rupanya changing table dalam toilet. Buka dan lipat turun ke bawah. Dah selesai lipat balik ke atas.
Nasib raisha awal-awal dah melepas kat airport kb tau. Jadi kita bawa masuk toilet, buka meja (changing table) yang dilipat di bahagian atas toilet dan letaklah baby atas tu.
Itu sahaja tips travel saya untuk anda semua. Semoga bermanfaat. Banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Happy travel guys!
Sumber: Nursha Salleh