“Merahsiakan Perkahwinan Adalah Persetujuan Semua..” – Penyanyi Amylea Azizan Menamatkan Zaman Bujang, Tepis Tuduhan Tak ‘Straight’

Hiburan

“Merahsiakan Perkahwinan Adalah Persetujuan Semua..” – Penyanyi Amylea Azizan Menamatkan Zaman Bujang, Tepis Tuduhan Tak ‘Straight’

Atas alasan tertentu, penyanyi Amylea Azizan dikatakan telah pun sah bernikah dengan suami dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini. Penyanyi ini juga pernah didakwa menjalinkan hubungan sejenis sebelum ini.

Kata penyanyi berbakat ini, dirinya akui berasa kecewa apabila mendapat tuduhan yang menganggap dirinya lesbian hanya kerana lambat mendirikan rumah tangga dan tidak pernah dilihat menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu. Oleh itu, berita perkahwinan dirinya ini sekaligus untuk menepis dakwaan tersebut.

Advertisement

Ada orang cakap saya ini lambat kahwin dan tak pernah ada kekasih sampai ada yang melabelkan saya tidak ‘straight’ (lesbian).

Merahsiakan perkahwinan adalah persetujuan semua pihak dan permintaan keluarga kami sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Kata pengantin baru ini, dirinya bertindak untuk merahsiakan pernikahannya bersama pilihan hati atas sebab yang tidak boleh dikongsi. Meskipun tidak diadakan secara besar-besaran, penyanyi ini tetap memaklumkan berita tersebut kepada pihak media.

Pada masa yang sama, pelantun lagu Bukan Hati ini turut berkongsi bahawa dia dan suami bercinta selepas kahwin memandangkan perkenalan bersama suaminya itu sangat singkat. Amylea juga berkata mereka dikenalkan oleh rakan di media sosial.

mimi syafiq
1 year ago

Kongsi Foto 'Fitting' Baju, Syafiq Kyle & Mimi Lana Bagi 'Hint' Akan Berkahwin? - "Menanti Untuk Kongsi Momen Indah Bersama..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...