Dasyat. Di zaman serba moden ini masih ada lagi yang percaya dengan benda khurafat dan syirik seperti sihir. Kesian pada sesiapa yang menjadi mangsa. Terbaru khabarnya Tasha Shila meracau di set penggambaran sehingga penggambaran terpaksa ditangguhkan. Khabarnya racauan itu berlaku kerana Tasha Shila terkena sihir yang ditujukan kepadanya. Kejam, jahat dan syaitan sungguh orang yang menghantar sihir itu.
Tahulah Tasha Shila cantik, padu dan manis orangnya. Memang ramai yang dengki. Tapi janganlah dengki sampai nak hantar sihir. Sampai nak musnahkan karier orang lain. Dengki di mulut dan di hati sudahlah. Kata sumber menerusi portal AstroGempak:-
Kami terpaksa menangguhkan ‘scene’ Tasha kerana keadaan dia tidak mengizinkan. Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha. Sebab itu (kena sihir) dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena ‘tuju-tuju’…Tapi wallahualam…hanya tuan punya diri tahu mengenai itu
Kalau tengok gambar di atas pun, memang nampak kekurusan Tasha Shila. Aduh. Diharap Tasha segera buat apa yang patut untuk mengesahkan sama ada diri betul-betul disihir. Sihir ini kalau dibiar makin lama maka jawabnya makin susah nak diubat. Mungkin kena jumpa orang yang mengamalkan perubatan Islam untuk rawatan. Apa pun, semoga Tasha segera sembuh. Sama-sama kita doakan.