“Menyusahkan! Kalau Tak Reti, Jangan Redeem!” – Warga Emas Terkebil-Kebil Kena Marah Dengan ‘Cashier’ Sebab Salah Ambil Barang MyKasih

Kehidupan

“Menyusahkan! Kalau Tak Reti, Jangan Redeem!” – Warga Emas Terkebil-Kebil Kena Marah Dengan ‘Cashier’ Sebab Salah Ambil Barang MyKasih

Sejak pelaksanaan inisiatif MyKasih, ramai penerima terutama dalam kalangan golongan B40 menggunakan peluang ini untuk meringankan beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi ketika harga barangan harian terus meningkat.

Namun begitu, tidak semua penerima benar-benar faham cara penebusan yang betul terutama warga emas yang kurang biasa dengan penggunaan sistem digital. Hal ini kadangkala mencetuskan kekeliruan dan salah faham di kaunter pembayaran.

Advertisement

warga emas diherdik

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial mengenai kejadian menyentuh hati membabitkan seorang wanita warga emas dan juruwang di sebuah pasar raya.

Menurut individu tersebut, beliau sekeluarga keluar membeli barang dapur seperti kebiasaan pada awal pagi waktu yang lebih tenang untuk membeli-belah. Namun suasana berubah ketika di kaunter pembayaran.

Kami top-up barang dapur sebulan sekali. Pagi-pagi tu tak ramai orang… aman je nak pilih barang.Tapi part dekat kaunter tak best sebab depan mata aku sendiri cashier cakap macam ni… makcik lain kali kalau tak reti, janganlah redeem duit dari MyKasih ni. Menyusahkan orang la.

Difahamkan, warga emas itu telah mengambil barangan yang tidak termasuk dalam senarai yang diluluskan di bawah program MyKasih, menyebabkan juruwang berasa kesal.

mykasih

Aku dengar lagi dia (juruwang) tanya… barang ni nak proceed ke tak sebab tak termasuk dalam MyKasih? Makcik tu cakap… nak sebab barang dekat rumah dah habis tapi makcik ada RM50 je ni. Lepas tak? Cashier senyap je, kemudian dia scan barang makcik tu berharga RM65.80. Dia (pelanggan) terkebil-kebil lepas kena marah.

Dalam perkongsian lanjut, beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai mengenai penggunaan baucar MyKasih.

Untuk anda yang tak tahu, boleh ambil barang yang ada tag MyKasih atau MySara je tau. Kalau tak, kena bayar sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq bella astilla
4 hours ago

"Kami Akan Kuburkan Karier Politik YB.." - Surat Terbuka Individu 'Ugut' Nak Rampas Muar Jika Syed Saddiq Tinggalkan Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...