Satu video memaparkan kira-kira lebih 10 kereta mewah memenuhi jalan raya telah meraih perhatian dan membuat netizen rasa kurang senang.
Video yang dimuat naik dalam akaun Facebook Utama Motors itu dipercayai bagi mempromosikan satu acara pameran kenderaan mewah yang akan dilangsung tidak lama lagi.
Dapat dilihat dalam video berdurasi 50 saat itu, kesemua ‘supercar’ terbabit memenuhi jalan raya hingga mengakibatkan kereta di belakang tidak dapat memandu dengan lancar.
Bahkan, durasi 21 saat dalam video itu, terlihat salah sebuah kereta mewah tersebut menggunakan lorong kecemasan yang sudah semestinya melanggar undang-undang jalan raya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sekumpulan kereta mewah itu hanya menyusahkan pengguna jalan raya lain kerana mengakibatkan kesesakkan lalu lintas.
Bukan itu saja, ada juga netizen melabel mereka sebagai ‘selfish’ kerana tidak memudahkan perjalanan orang lain.