“Menyusahkan Aku.. B*doh!” – Zarina AnJoulie Naik Angin Dengan Pekerja Kedai Pakaian Popular

Hiburan

“Menyusahkan Aku.. B*doh!” – Zarina AnJoulie Naik Angin Dengan Pekerja Kedai Pakaian Popular

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah meluahkan rasa amarah terhadap seorang pekerja di sebuah kedai pakaian terkemuka yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Zarina yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan kali keduanya itu baru-baru ini telah mengamuk apabila pakaian yang dibeli di cawangan berkenaan tidak boleh dipakai gara-gara alat penggera (alarm tag) tidak ditanggalkan oleh pekerja berkenaan.

Advertisement

Dia dikhabarkan telah ‘mengamuk’ di ruangan Instagram peribadi miliknya. Menurut Zarina lagi, keadaan menjadi lebih sukar apabila dia sudah membuang resit yang digunakan sebagai bukti pembelian.

“Dah la jauh nak mari dari rumah aku ke Shah Alam ni, aku betul-betul marah. Aku sumpah rasa nak pergi sana maki hamun dia, aku ni dah lah banyak kerja, kau tambah beban kat aku lagi aku harap kau m*ti siap kau kejap lagi,”

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Zarina turut mengalami pengalaman yang sama berikutan layanan yang teruk daripada pekerja butik berkenaan.

zarina anjoulie mengamuk zarina anjoulie mengamuk

Marah betul nampaknya. Harap segala permasalahan diselesaikan dengan cara yang baik. Sabarlah ya Zarina!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...