Keghairahan sesetengah wanita di Malaysia untuk kelihatan cantik menyebabkan banyak syarikat berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk kecantikan masing-masing.
Selain pengambilan pil dan krim, terdapat juga sesetengahnya yang mengambil suntikan Vitamin C dengan alasan untuk kecantikan.
Menurut doktor Dr Amir Shah, seorang Doktor Pakar Kanser berkata, pengambilan suntikan vitamin c ini boleh mengundang bahaya.
Disebalik untuk jadi cantik, pengguna tak sedar akan kewujudan testimoni-testimoni palsu atau mencurigakan. Vitamin C bagus untuk kesihatan jika diambil mengikut dos yang disyorkan.
Cara terbaik pengambilannya adalah melalui pemakanan pil. Vitamin C adalah sejenis antioksida yang membantu melawan penyakit.
Suntikan Vitamin C secara terus ke dalam darah boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.
Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan Vitamin C berlebihan ini boleh menyebabkan kanser.