“Menyirap Betul Aku Lah” – Rakan Artis Bengang Dengan Blog, ‘Update’ Berita Nad Zainal Guna Ayat Tak Sensitif

Hiburan

“Menyirap Betul Aku Lah” – Rakan Artis Bengang Dengan Blog, ‘Update’ Berita Nad Zainal Guna Ayat Tak Sensitif

Seperti yang ramai ketahui, pelakon Nad Zainal kini masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang dan setiap hari ramai ternanti-nantikan perkembangan terkini.

1 year ago

Update' Keadaan Nad Zainal Di ICU, Ungku Ismail Akui Sedang Kenal Hati Budi - "Saya Terasa Hilang Partner"

Advertisement

Antara rakan artis yang kerap memaklumkan tentang keadaan atau perubahan tentang Nad adalah Ungku Ismail, Sherry Alhadad dan Norreen Iman.

Baru-baru ini, Norreen turut berkongsi di Instagram story dalam keadaan menangis kerana terlampau gembira selepas Ungku Ismail membuat kejutan video call menunjukkan keadaan Nad kepadanya.

Sudah tentunya berita perkembangan terkini tentang keadaan Nad dinantikan ramai peminat namun perkongsian satu blog baru-baru ini mendapat perhatian pelakon Azhan Rani.

Menerusi Instagram, Azhan berkongsi tentang pendapatnya berkenaan tajuk yang digunakan oleh blog terbabit kerana mengundang tanda tanya dan tidak menghormati Nad serta keluarganya.

Azhan menyelar tindakan penulis blog itu yang menurutnya mengambil kesempatan dengan menggunakan taktik tajuk demi mendapat viewers yang tinggi.

Pada aku sangat tidak beretika. Maaf aku tegur. Ini sangat tak sesuai untuk dinormalisasikan.”

Tambahnya lagi, trend sebegitu akan menyukarkan kerjasama antara penggiat seni dan media di masa akan datang. Azhan turut berpendapat ada cara yang lebih baik dan matang untuk melaporkan berita.

Azhan turut memohon semua orang untuk lebih prihatin dan peka serta sensitif dalam hal sebegini. Perkongsian aktor itu mendapat sokongan ramai serta beberapa selebriti lain termasuklah Dynas Mokhtar dan Norreen Iman yang turut berang dengan situasi itu.

Menyirap betul aku lah.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...