Menyesal Kemudian Tiada Gunanya Jika Anda Terlepas Lazada Online Revolution Ini

Hiburan

Menyesal Kemudian Tiada Gunanya Jika Anda Terlepas Lazada Online Revolution Ini

Hujung tahun sememangnya dikenali sebagai musim membeli belah pelbagai promosi hebat ditawarkan kepada para pembeli. Abang Nara memang selalu shopping sakan masa-masa begini. Kalau pandai cari, memang banyak penjimatan yang boleh dilakukan. Seperti tahun lepas, kali ini Lazada Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam keseronokan musim membeli belah ini.

lazada malaysia

Advertisement

Dengan diskaun sehingga 95%, Lazada Malaysia menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari yang akan bermula dari 10 Disember hingga 12 Disember 2015 bersempena kempen Lazada Online Revolution. Dengan diskaun sehingga 95%, memang kelabu mata dibuatnya.

lazada malaysia

Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah “Flash Sales” atau kalau dalam bahasa Melayunya, “Jualan-Jualan Kilat” yang akan berlangsung setiap satu jam. Ia akan bermula dari 8 pagi hinggalah 11.59 malam selama 3 hari berturut-turut! Nasihat Abang Nara, sila pergi ke link “Flash Sales” ini, tengok apa yang korang nak beli dan pasang alarm di phone korang. Harga yang ditawarkan memang tersangatlah murah. Kalau terlepas, memang boleh menangis.

lazada malaysia

Sambil-sambil nak tunggu “Flash Sales” yang korang dah target, Abang Nara cadangkan korang cuba permainan “Spin The Wheel” yang menawarkan para pengguna bertuah dengan baucar-baucar yang menarik! Free je main benda nie, tapi hadiah yang ditawarkan awesome sangat-sangat. Boleh dapat voucher diskaun sampai RM300 tue. Siapa nak bagi kan?
lazada malaysia

Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah 12 hottest deals yang bakal berlaku esok iaitu 12.12.2015. Gila tak gila GoPro Hero 4 ada diskaun 16%. Lepas tue Google Chromecast pula murah 33% daripada harga biasa. Jumlah kesemua ada 12 produk yang diberikan promosi tak masuk akal. Memang panas je tangan nak tekan butang beli. Wife Abang Nara dah suruh beli vakum dah. Katanya murah sangat-sangat kalau dibandingkan beli kat tempat lain.

Apa benda yang ada dijual di Lazada Malaysia ini sebenarnya? Macam-macam ada. Telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke barangan-barangan fesyen, perkakasan rumah, alat permainan dan peralatan sukan semuanya ada dan dijual dengan harga runtuh bersempena Lazada Online Revolution kali ini. Abang Nara sempat bersengkang mata semalam untuk senaraikan 3 benda idaman. Tapi beli ke tak, kena tengok bajet dulu. Jom kita ushar:-

1. Sony Playstation 4 500GB untuk diri ini

lazada malaysia

Dari awal tahun sampailah ke hari ini, PlayStation 4 memang salah satu barang idaman Abang Nara. Bersempena Lazada Online Revolution kali ini, ada diskaun sehingga 28%. Harga asal RM1799, sekarang ini cuma RM1299. RM500 tue jimat. Nak beli ke tidak?

2. Drypers untuk anak-anak tercinta
lazada malaysia

Yang ini memang benda wajib untuk dibeli setiap kali Lazada Malaysia buat jualan murah. Aariz dah tak pakai lampin pakai buang dah, jadi beli untuk si Arissa dan Alara je. Abang Nara beli terus buat stok 2,3 bulan punya. Banyak tue dapat jimat. 18% diskaun.

3. Beg Kamiliant untuk jalan-jalan pergi bercuti

lazada malaysia

Tahun depan Abang Nara dan wife dah rancang nak bawak anak jalan-jalan cuti Malaysia. Kira-kira beg tak cukup pulak. Iyerlah anak pun dah 3. Memang sesuai sangat kalau beg Kamiliant yang unik ini dijadikan beg baru. Diskaun sampai 60% tue. Cuma RM250.16 je. Murah sangat-sangat!!!

Sebenarnya ada banyak lagi produk-produk yang Abang Nara dah shortlistkan bersempena Lazada Online Revolution ini. Tapi kalau nak tulis kat sini semuanya, memang tak cukup ruang. Apa pun Abang Nara ada satu berita baik lagi untuk anda, khasnya buat penggemar Domino’s Pizza. Setiap kali anda membeli-belah di Lazada, anda akan menerima baucar “Buy 1 Get 1 Free” Domino’s Pizza!

lazada malaysia

Kiranya lepas penat-penat klik butang mouse dan selesai membeli-belah, bolehlah makan Domino’s Pizza sebagai tanda kejayaan. Hehehe. Sebelum Abang Nara mengundur diri, di saat artikel ini ditulis, anda hanya mempunyai masa selama 1 hari 13 jam 30 minit dan 30 saat sebelum Lazada Online Revolution menutup tirainya. Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...