Sedia maklum, isu yang berlaku di antara pempengaruh Elcah dan penyanyi, Syada Amzah sudah pun berlaku untuk beberapa minggu susulan Elcah mendakwa Syada merupakan individu yang menghasut dirinya untuk memfailkan perceraian.
Syada Amzah tidak lagi berdiam diri, ‘hilang sabar’ nama banyak kali dipetik
Lama mendiamkan diri, akhirnya Syada atau nama sebenar, Nursyuhada Dato’ Amir Amzah bersuara dengan memuat naik satu hantaran di Threads meluahkan perasaan.
Dalam hantaran tersebut, penyanyi berkenaan selama ini memilih untuk tidak bersuara dan menghormati pihak sana, namun namanya tetap dipetik hingga ke hari ini.
View on Threads
Tapi berbulan kemudian, nama saya masih disebut seolah-olah saya terlibat. Hakikatnya, awak yang hubungi saya dulu, dan saya menyesal sebab jawab panggilan tu.
Trauma dengan isu yang berlaku
Tambahannya lagi, dia juga seakan-akan menyindir dengan mengatakan hanya membuang masa melindungi maruah seseorang jika pihak itu memikirkan diri sendiri sahaja.
Tahun ni hati saya dah banyak kali hancur, tapi setiap kali tu ada pengajaran yang datang bersama.
Dapat dilihat juga, Syada membalas komen salah seorang netizen dengan mengatakan dirinya ‘trauma’ dengan segala yang telah terjadi dan tidak akan terlibat lagi dalam isu perkahwinan seseorang.