Menyesal dengan kesilapan lalu dan berazam mahu berubah, pelakon Fathia Latiff meminta agar mana-mana pihak yang pernah memuat naik video kontroversi beliau menari di Bigo Live memadam rakaman tersebut. Apa yang berlaku adalah satu pengajaran yang besar buat dirinya.
Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut. Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube. Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna.
Fathia tidak mahu dibayangi kisah lalu dan mahu memberikan fokus serta berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.
Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang. Saya pun dah tak larat nak cakap tentang isu lama dan tak mahu kes itu membuatkan saya makin tenggelam. Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi.
Baguslah kalau Fathia sudah mempunyai semangat serta azam yang kuat untuk berubah. Semoga Fathia akan lebih berjaya selepas ini.