Setelah berfikir secara dalam dan menyesali tindakannya membuka tudung, Zarina memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon di dalam drama tersebut.
Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut. Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit. Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini. Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain.
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat tawaran berlakon di dalam drama 100 episod dan ia antara pengorbanan besar yang Zarina lakukan. Zarina berharap peminatnya mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki lain selepas ini.
Terima kasih kepada semua. Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak. Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak. Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka. Amin.
Nampaknya Zarina telah mengambil satu keputusan yang agak drastik tetapi ia demi kebaikannya juga. Zarina enggan isu ini terus berpanjangan dan pelbagai lagi spekulasi liar timbul.