Menyangka Hantu Main Guli Di Tingkat Atas, Rupanya Fenomena “Water Hammer”

Trending

Menyangka Hantu Main Guli Di Tingkat Atas, Rupanya Fenomena “Water Hammer”

Kerap kali kita dimomokkan dengan cerita mistik kononnya penghuni rumah pangsapuri terdengar bunyi ‘hantu’ bermain guli di tingkat atas, sedangkan tiada sesiapa yang tinggal di tingkat atas.

Advertisement

Kalau dengar bunyi guli jatuh atau perabot diseret, itu bukan petanda jin bermain guli atau hantu pocong baru berpindah di unit/bilik di atas rumah kita. Tetapi bunyi itu berlaku disebabkan fenomena yang dipanggil sebagai Water Hammer.

Apabila paip ditutup, air yang mengalir di dalam paip berhenti pecutan air juga tersentak tiba-tiba menyebabkan getaran berlaku pada paip yang kemudian menghasilkan bunyi seperti guli terjatuh di atas lantai.

Jadi, usahlah panik atau takut khususnya bagi mereka yang duduk di rumah tinggi atau di office (waktu malam) kerana apa yang berlaku hanyalah fenomena Water Hammer sahaja.

Kredit : Asrul Muzaffar Mohammed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...