Seorang pengguna facebook telah berkongsikan satu hidangan yang di order di Level33 Craft-Brewery Restaurant and Lounge di Singapore. Namun hidangan yang disangka ‘LUXURY’ tersebut menjadi sebaliknya.
Harga hidangan tersebut berharga 17.50 SGD bersamaan RM56 sangat mengecewakan. Fish and Chips yang sedia maklum adalah hidangan ikan yang sangat lazat. Kalau anda pun mesti anda akan menyangka hidang tersebut sangat memuaskan berdasarkan harga yang diletak. Tetapi apa yang dihidang adalah ikan bilis dan kentang goreng yang hanya beberapa ketul sahaja.