June 1st, 2020

Diimbas kembali, dirinya pernah terpalit seketika dengan kisah gosip dan kontroversi kecurangan suaminya yang juga Chef terkenal iaitu Chef Fikree. Baru-baru ini, Sharifah Zuriehan Ben Yahya turut terpanggil untuk mengulas kes artis melarikan isteri orang.

Mungkin lebih mengetahui dan terkesan dengan isu sensitif seperti ini, dia menyifatkan perkara sedemikian tidak mungkin akan berlaku jika kedua-dua pihak menolak perasaan cinta antara satu sama lain.

 

 

View this post on Instagram

 

kalau bertepuk sebelah tgn..tak menjadi tango lah..saya dah jumpa byk isteri2 dan suami2 yg ada masalah sikit dgn satu sama lain..terus nak cari lain..terus nak bercinta dgn org lain..lepas tu canang pasal pasangan sana sini..jumpa semua org ..sampai kisah family pasangan kena gossip (punyalah nak justify diri nak curang) masalahnya anak dah 5..anak dah 3..anak kalau seorang pun..still ada anak bersama..boleh tak focus bab anak kejap?? boleh tak jgn nak selfish ikut nafsu sgt? kalau focus bab anak..focus nak jaga parents..focus jaga relationship dengan tuhan..gerenti tak dak time nak gadoh apatah lagi makan luar..so PLEASE stop penting kan diri dan jaga perkahwinan masing2..jgn nak cari salah ja. menyampah tgk headline bini org nak lari dgn artis.

A post shared by Syarifah Zuriehan (@zuriehanbenyahya) on

“Kalau bertepuk sebelah tangan, tak menjadi tango lah. Saya dah jumpa banyak isteri dan suami yang ada masalah sikit dengan satu sama lain, terus nak cari lain.”

Syarifah Zuriehan juga menyifatkan manusia yang terlibat dalam kes sebegini sebagai mementingkan diri dan terlalu mengikut nafsu.

Baginya, kalau diri sendiri lebih fokus akan penjagaan anak dan ibu bapa serta menjaga hubungan dengan Tuhan, pasti tiada masa untuk bergaduh apatah lagi ‘makan luar’.

Dia yang tampil memberikan komen mengenai isu ini lantaran kes seorang aktor yang didakwa melarikan isteri orang baru-baru ini.

Nampaknya ramai yang bersetuju dengan kenyataan beliau. Kalau tak bertepuk sebelah tangan, takkan boleh berbunyi kan?


One response to ““Menyampah Tengok Kes Bini Orang Lari Dengan Artis”- Syarifah Zuriehan”

  1. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    A..ah menyampah kan padahal pompan semua sama aja..ada pompan yg macm lain ke ? sapa boleh kasi jawapan nya..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...