Menyamar “Ustaz” Pegang Perut Ibu Hamil Kononnya Mudahkan Bersalin, Rupanya Ada Niat Lain..

Trending

Menyamar “Ustaz” Pegang Perut Ibu Hamil Kononnya Mudahkan Bersalin, Rupanya Ada Niat Lain..

Adik saya bersalin minggu lepas di hospital. Nak dijadikan cerita, dia didatangi oleh seorang lelaki yang mengaku ustaz. Dia kata nak tolong sebab nampak adik saya macam tak sihat.

Advertisement

Dia berikan air minuman. Masa itu adik macam sudah dipukau. Kemudian ‘ustaz’ itu mula pegang pinggang dan perut adik.

Mujur ada doktor cepat sampai dan tegur kenapa kacau pesakit.

Ustaz itu terus berlalu pergi. Bila doktor tanya pada adik, “Suami ke?”, masa itu barulah dia macam tersedar dan cakap lelaki itu bukan suami dia.

Polis ada datang ambil keterangan dan dikatakan sekarang banyak kes orang cuba hantar saka atau berniat tidak baik.

Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin dan ahli keluarga terdekat, berjaga-jagalah. Takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Netizen juga turut berkongsi pengalaman, mengesahkan kejadian itu pernah berlaku pada mereka.

Golongan ibu-ibu mengandung dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menerima sebarang tawaran perubatan dari individu yang tidak dikenali ketika berada di hospital.

Kredit : Info Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...