Menyamar Sebagai Warga Tempatan, Cikgu Dari Malaysia Kantoi Curi Kad Kredit & Puluhan Ribu Yen Di Jepun

Kehidupan

Menyamar Sebagai Warga Tempatan, Cikgu Dari Malaysia Kantoi Curi Kad Kredit & Puluhan Ribu Yen Di Jepun

Ketika ini di Jepun sedang hangat menjadi bualan tentang seorang cikgu sambilan dari Malaysia yang kantoi mencuri kad kredit serta wang tunai berjumlah beberapa ribu Yen di negara itu.

Kes ini menjadi bualan selepas media tempatan, Tokyo Tweet memuat naik video di laman X ketika kejadian tersebut berlaku di bandar Takatsuki, wilayah Osaka.

Advertisement

cikgu Malaysia mencuri di Jepun

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika aktiviti bola keranjang di salah sebuah kelab sukan berkenaan dan berdasarkan video tersebut, guru terbabit dilihat menyelongkar salah satu beg di tepi gelanggang.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa berkata cikgu tersebut telah menyamar sebagai warga Jepun untuk memasuki kelab bola keranjang berkenaan.

Lelaki yang terlibat dikenali sebagai Wong Ka Fei (26), pensyarah sekolah rendah sambilan warganegara Malaysia yang ditahan kerana disyaki mencuri kad kredit dan wang tunai dimana beliau menyamar sebagai warga tempatan untuk memasuki kelab buat pertama kali.

Mangsa yang juga merupakan salah seorang ahli kelab sukan bola keranjang itu mendedahkan bahawa dia kehilangan kad kredit dan beberapa wang tunai bernilai ribuan Yen.

Wong telah ditahan pihak polis tempatan dan mengakui perbuatan mencuri beberapa kredit namun katanya dia tidak tahu tentang wang tunai mangsa yang hilang semasa kejadian itu.

Dalam pada itu, polis tempatan turut menyatakan ada beberapa kejadian sama yang berlaku di bandar Takatsuki dan sedang menjalankan siasatan sama ada Wong juga terlibat dalam kes berlainan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kim seri masih tak bayar hutang
2 weeks ago

Kim Seri Gagal Kotakan Janji, Minta Diberi Sedikit Masa Untuk Langsaikan Hutang - "Kepada Semua Yang Menanti 1 Februari.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kansai News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...