Menyamar Sebagai Pramugara, Lelaki Ini Berjaya Naik ‘Flight’ Secara Percuma Sebanyak 120 Kali

Kehidupan

Menyamar Sebagai Pramugara, Lelaki Ini Berjaya Naik ‘Flight’ Secara Percuma Sebanyak 120 Kali

Seorang lelaki berusia 35 tahun menggunakan helah dengan menyamar sebagai pramugara demi untuk menaiki penerbangan percuma.

Situasi itu berlaku di Amerika Syarikat dan pada 5 Jun lepas, Pendakwa raya di Pejabat Daerah Selatan mendapati lelaki bernama Tirone Alexander bersalah atas penyamaran tersebut.

Advertisement

Alexander juga didapati bersalah kerana memasuki kawasan larangan di lapangan terbang menggunakan alasan palsu dan melakukan penipuan elektronik antara tahun 2018 hingga 2024.

Difahamkan, dia tahu tentang polisi yang membenarkan kru penerbangan dan juruterbang daripada syarikat penerbangan lain menaiki pesawat secara percuma dan telah mengambil kesempatan untuk melakukan penyamaran tersebut.

suasana di dalam pesawat

Gambar hiasan

Menurut laporan, Alexander telah menempah tiket secara percuma sebagai ‘pramugara’ dengan mengakui bekerja di tujuh syarikat penerbangan berbeza.

Dia turut mendakwa memiliki  kira-kira 30 lencana serta tarikh pengambilan bekerja yang berlainan. Alexander juga turut menggunakan taktik yang sama untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma di tiga syarikat penerbangan lain.

Dengan penyamaran tersebut, Alexander telah berjaya menaiki penerbangan secara percuma sebanyak 120 kali. Hukuman ke atasnya bakal diputuskan pada 25 Ogos depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 months ago

Nyaris Tertipu, Wanita Kongsi Taktik 'Scammer' Menyamar Ejen Rumah Sewa & Guna Unit Airbnb Untuk 'Trick'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mirror

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...