Menyamar Guna Identitinya, Hetty Sarlene Akan Buat Laporan Polis Ke Atas Akaun Instagram Palsu

Hiburan

Menyamar Guna Identitinya, Hetty Sarlene Akan Buat Laporan Polis Ke Atas Akaun Instagram Palsu

Menegaskan dirinya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang cuba menyamar menggunakan identiti dirinya di media sosial, pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene dedah beliau hanya miliki satu akaun Instagram sahaja.

Advertisement

Menurutnya, akaun asli dirinya adalah @hettysarlene_oakes yang mempunyai lebih 114,000 pengikut. Malah, akaunya juga turut disertakan dengan verification badge di hujung namanya.

Amaran itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di laman Instagram tempoh hari.

“Perhatian kepada semua. Saya hanya mempunyai satu akaun Instagram original iaitu hettysarlene_oakes. Saya sedang membuat pemantauan dan membuat laporan ke atas semua akaun palsu. Saya juga akan membuat laporan polis mengenainya.”

Selain itu, pelakon drama Sembilu ini juga dilihat tampil menasihati orang ramai suapaya tidak mudah tertipu dengan akaun palsu yang menggunakan namanya.

“Jangan follow akaun palsu. Ini adalah satu-satunya akaun asli.”

Terdahulu, selaian Hetty, industri hiburan tempatan juga dikejutkan dengan berita di mana pelawak Jep Sepahtu khabarnya berdepan situasi yang sama apabila terdapat akaun media sosial yang cuba memperdaya orang lain dengan menggunakan identiti dirinya.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...