Menyakitkan, Diana Danielle Akui Kehilangan Farid Kamil Bukan Sekadar Suami, Tapi Sahabat Baik – “Lama-Lama Saya Sedar..”

Hiburan

Menyakitkan, Diana Danielle Akui Kehilangan Farid Kamil Bukan Sekadar Suami, Tapi Sahabat Baik – “Lama-Lama Saya Sedar..”

Pelakon terkenal Diana Danielle membuka sisi paling peribadi dalam satu sesi audio siar baru-baru ini apabila mengakui bahawa kehilangan “sahabat baik” dalam perkahwinan merupakan detik paling menyakitkan dalam hidupnya  jauh lebih perit berbanding kehilangan orang tersayang.

Menurut Diana, 33, yang dikenali menerusi filem Imaginur, pengalaman kehilangan bapa dan mengetahui ibunya menghidap kanser pada usia muda sememangnya menyedihkan, namun kehilangan ikatan rapat dengan insan yang pernah menjadi pasangan hidup benar-benar meninggalkan kesan mendalam.

Advertisement

Kehilangan bapa saya adalah salah satu daripada pengalaman paling perit. Masa dapat tahu ibu menghidap kanser ketika saya berumur 12 tahun juga sangat menyedihkan.

Momen kehilangan rumah tangga juga bukanlah titik terendah hidup saya.

Namun kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan, itulah titik paling rendah dalam hidup saya.

Diana turut berkongsi betapa peritnya menerima hakikat bahawa seseorang yang pernah menjadi ‘teammate’ dalam hidup kini telah memilih haluan berbeza.

Menerima kenyataan mungkin kita bukan lagi satu pasukan. Kita dah tak seiring dan tak sejalan itu sangat sukar sampai sekarang.

Saya rasa puncanya mungkin seiring waktu berjalan dan perlahan-lahan menyedari apa yang dahulu bukan yang sekarang.

Ketika itu saya tidak tahu apa saya mahu dan perlukan, tapi lama kelamaan, kita sedar, kita bukan untuk satu sama lain. Tidak berada dalam satu muka surat lagi.

Perkongsian jujur Diana itu pantas tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata membuat spekulasi bahawa ‘sahabat baik’ yang dimaksudkan adalah Farid Kamil, bekas suami dan bapa kepada dua anak mereka.

“Saya rasa sahabat baik yang dimaksudkan adalah Farid Kamil sebab siapa lagi kan kalau bukan dia,” tulis seorang pengguna di Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

harris irfan dikecam kahwini wanita tua
2025-07-21 10:38:09

Kahwin Wanita Lebih Tua, Harris Alif 'Sound' Pelakon Lelaki – “Mana Nak Letak Maruah Aku?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...