Hantaran terbaharu pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah mencuri perhatian ramai apabila warganet meluahkan rasa risau terhadap keadaannya yang dilihat seakan tidak terurus.
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, 37, seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya tidak mempunyai tempat berteduh tetap.

Dalam video tersebut, Nonny turut dilihat menghidupkan api menggunakan dapur gas mudah alih untuk memasak mee segera di tepi jalan.
Berdasarkan pemerhatian, Nonny juga kerap berkongsi realiti kehidupannya yang serba sederhana termasuk menggunakan kemudahan awam seperti paip di stesen minyak bagi mencuci pakaian.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pelakon drama bersiri Cinta Hati Abah itu susulan situasi yang dilaluinya. Tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat serta berharap agar Nonny terus kuat dan tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
