“Menu Nasi Goreng, Nugget, Fries Untuk Yeye, DJ Pulak YouTube Premium” – Lagi Pendedahan ‘Malam Mess’, Makin Ramai Tampil Buat Pengakuan

Viral

“Menu Nasi Goreng, Nugget, Fries Untuk Yeye, DJ Pulak YouTube Premium” – Lagi Pendedahan ‘Malam Mess’, Makin Ramai Tampil Buat Pengakuan

Isu dakwaan wujudnya budaya tidak bermoral dalam kalangan pegawai mess kembali mencetuskan kemarahan orang ramai selepas beberapa pendedahan tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian yang tersebar di Threads dan Instagram Caprice, seorang individu mendakwa terdapat amalan membawa wanita ‘yeye’, penyediaan minibar, aktiviti mabuk serta pergaulan melampau yang didakwa berlaku di dalam dan luar kawasan kem.

Advertisement

Dakwaan tersebut menimbulkan persoalan serius apabila ia turut melibatkan penggunaan wang, tenaga dan arahan kepada pegawai muda. Menurut pendedahan berkenaan, pegawai bawahan atau young officer didakwa dipaksa membeli arak, menyediakan makanan serta menguruskan kehadiran wanita ‘yeye’ untuk pegawai berpangkat lebih tinggi.

Turut tular dakwaan menu seperti nasi goreng, nugget dan hotdog dihidangkan kepada wanita pelacur terbabit serta kewajiban pegawai muda untuk mencari pelacur dan juga membeli arak untuk dihidangkan pada malam ‘mess’ tersebut.

yeye mess

Yeye

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan menyatakan bahawa rakyat membayar cukai untuk anggota keselamatan menjaga pintu negara, bukan untuk berpesta, mabuk dan terlibat dalam aktiviti ‘yeye’.

Dalam masa sama, satu kumpulan yang mendakwa mewakili pengadu tampil menyatakan kesediaan untuk membantu secara senyap mana-mana pegawai  yang ingin tampil ke hadapan tetapi bimbang akan keselamatan dan kerjaya mereka. Menurut dakwaan tersebut, pihak berkenaan kini sedang mengumpul aduan, bukti serta saksi untuk diserahkan kepada menteri berkaitan dan kerajaan Madani.

Terbaru, Kementerian Pertahanan Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi di mana pihak mereka akan menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan wujudnya aktiviti tidak bermoral ini di dalam kem.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-04 16:40:47

"Bawa Gadis 'Yeye', Ada Mini Bar.." - Individu Dedah ‘Budaya Mess Pegawai’, Netizen Desak Siasatan Lanjut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...