Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan Kabinet MADANI hari ini untuk mengisi kekosongan portfolio penting, menilai prestasi selepas setahun, dan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa ekonomi serta tuntutan rakyat, termasuk isu seperti AI, transformasi digital, dan kos sara hidup, dengan fokus pada keseimbangan politik dan strategi separuh penggal.
Rombakan kecil yang dilakukan ini penting untuk memperkukuh pentadbiran Kerajaan Perpaduan, di mana beberapa menteri sedia ada telah meletak jawatan.
Antara senarai rombakan:
Hannah Yeoh – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Mustafa Sakmud – Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak
Zulkifli Hasan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Johari Ghani – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Steven Sim – Menteri Usahawan dan Koperasi
Akmal Nasir – Menteri Ekonomi
Mohammed Taufiq Johari – Menteri Belia dan Sukan
Arthur Joseph Kurup – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Noraini Ahmad – Menteri Perladangan dan Komoditi
R Ramanan – Menteri Sumber Manusia
Timbalan Menteri
Liew Chin Tong – Timbalan Menteri Kewangan
Marhamah Rosli – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Pelantikan tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula pentadbiran bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
Untuk rekod, rombakan pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar telah dilaksanakan pada Disember 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

