Menteri Pendidikan Nafi Komik Propaganda Politik Mendapat Kelulusan Kementerian

Trending

Menteri Pendidikan Nafi Komik Propaganda Politik Mendapat Kelulusan Kementerian

Baru-baru ini tular di media sosial tentang penyebaran komik berbentuk propaganda politik di beberapa Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan di seluruh negara. Komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ membawa unsur propaganda politik.

Semalam, Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik menafikan komik tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengedaran komik itu di sekolah-sekolah juga turut dihalang oleh KPM.

Advertisement

KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

komik propaganda
Menurutnya, semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

Siasatan akan dilakukan

Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah.

Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.

Sementara itu, menurut Awani, polis telah memanggil pelukis dan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...