Baru-baru ini tular di media sosial tentang penyebaran komik berbentuk propaganda politik di beberapa Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan di seluruh negara. Komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ membawa unsur propaganda politik.
Semalam, Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik menafikan komik tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengedaran komik itu di sekolah-sekolah juga turut dihalang oleh KPM.
KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

Siasatan akan dilakukan
Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah.
Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.
Sementara itu, menurut Awani, polis telah memanggil pelukis dan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik ini.