Semalam tular di media sosial mengenai pertandingan video Tik Tok yang dianjurkan oleh Dato’ Dr Noraini Ahmad selaku Menteri Pengajian Tinggi. Beliau turut berkongsikan video berdurasi pendek beliau dan dua lagi pengguna media sosial popular ataupun ‘Influencer’ di dalam video tersebut.
Namun selepas mendapat kecaman teruk daripada netizen, video itu telah pun dipadamkan daripada akaun tersebut. Di dalam video tersebut, beliau mengajak orang ramai menghasilkan video kreatif menggunakan Tik Tok sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan memenangi hadiah istimewa.
Netizen nampaknya tidak memberikan komen yang baik malah mengutuk tindakan itu kerana dianggap tidak sesuai dilakukan pada masa sekarang. Melalui tinjauan di akaun Dato’ Dr Noraini Ahmad dan dua lagi ‘Influencer’ di dalam video itu, video tersebut telah pun dipadamkan. Rata-rata netizen tidak bersetuju penganjuran itu yang dianggap sangat tidak membantu.
Keluar semasa PKP?
Ada juga yang membangkitkan isu bagaimana video ini boleh dirakamkan di lokasi yang sama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa. Jika dilihat kepada lokasi di dalam video ini, ianya dipercayai dilakukan di pejabat menteri tersebut. Ia dikuatkan lagi dengan gambar yang dikongsikan oleh salah seorang ‘Influencer’ tersebut yang ditangkap bersama-sama menteri itu di lokasi tersebut.
Ramai yang kecewa kerana pada saat ini masih ramai pelajar universiti yang terperangkap di kolej masing-masing kerana arahan PKP dan tidak dibenarkan pulang. Sepatutnya inisiatif yang lebih baik dibuat bagi membantu golongan pelajar ini di dalam situasi ini. Pelajar yang masih berada di kolej kini memerlukan bantuan makanan dan sebagainya selepas universiti kini ditutup sementara.
Anda tak sempat menikmati TikTok bertaraf Kementerian Pengajian Tinggi?
Nah saya sajikan semula untuk keseronokan anda ? pic.twitter.com/DE1t2u3YxJ
— #DudukRumah (@khairizulfadhli) April 8, 2020
Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak yang bertanggungjawab mengenai isu penganjuran video Tik Tok ini yang sudah pun dipadamkan. Tidak pasti sama ada ianya dipadamkan kerana reaksi netizen ataupun terdapat sebab lain disebaliknya. Tetapi melihatkan kepada komen netizen, lebih baik ianya dibatalkan sahaja.
Artikel berkaitan: Doktor Pakar Tegur Para Menteri Perlu Amalkan ‘Social Distancing’ Dan Tunjukkan Contoh Yang Baik Kepada Rakyat