Menteri Kewangan Jerman Bunuh Diri Kerana Terlalu Bimbang Impak COVID-19 Pada Ekonomi

COVID-19

Menteri Kewangan Jerman Bunuh Diri Kerana Terlalu Bimbang Impak COVID-19 Pada Ekonomi

Thomas Schaefer, Menteri Kewangan negeri Hesse di Jerman, telah membunuh diri setelah merasa ‘sangat bimbang’ bagaimana cara untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi akibat coronavirus, Menteri Besar Hesse, Volker Bouffier memberitahu pada Ahad (29 Mac).

Schaefer, 54, ditemui mati berdekatan satu trek landasan keretapi pada Sabtu. Pejabat pendakwaan Wiesbaden berkata mereka mempercayai yang Scahefer membunuh diri. Bouffier direkodkan berkata:

Advertisement

Kami terkejut, rasa tak percaya dan terutama sekali, kami sedih.

Hesse merupakan ibu negeri Frankfurt, di mana terletaknya ibu pejabat pemberi pinjaman wang utama seperti Deutsche Bank dan Commerzbank.

Bouffier yang kelihatan sugul berkata Schaefer ialah ketua kewangan Hesse selama 10 tahun, dan telah bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat dan individu berdepan dengan impak ekonomi pandemik COVID-19. Bouffier yang merupakan sekutu Canselor Angela Markel menambah:

Hari ini, kami perlu membuat telahan bahawa dia ‘terlalu bimbang’.

Sedangkan, memang saat ini kami sangat memerlukan seseorang seperti dia.

  • amazingnara.com via Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...