Menteri Kewangan Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus

Trending

Menteri Kewangan Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus
Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Isnin lalu di dalam persidangan Dewan Rakyat menyatakan, rekod telah menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim Guan Eng sebelum ini, telah meluluskan 101 projek bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Dia menjelaskan, dalam keadaan tertentu, kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan kriteria tertentu seperti melibatkan keperluan negara yang mendesak.
Tengku Zafrul semalam dicabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendedahkan perincian mengenai 101 berkenaan yang dikatakan berlaku ketika era Pakatan Harapan itu.
Hari ini, melalui laman Facebooknya, Tengku Zafrul telah memuat naik senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikatakan melalui perolehan kerajaan secara rundingan terus.

Advertisement

Tengku Zafrul merujuk persoalan mengenai persoalan perolehan secara rundingan terus (RT) semasa kerajaan PH lepas.

“Saya telah menjawab di Parlimen pada 24 Ogos 2020 semasa ucapan Penggulungan Undang-Undang Pembiayaan Kerajaan (COVID-19) 2020, bahawa permohonan (RT) dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan.”

Ini adalah berdasarkan peruntukan sedia ada dibawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.

Untuk membaca secara penuh dan terperinci senarai tersebut, boleh melayari laman Facebook Tengku Zafrul.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...