Menteri Kesihatan UK Positif COVID-19, Pernah Berjumpa Beratus Orang Termasuk Perdana Menteri Boris Johnson

COVID-19

Menteri Kesihatan UK Positif COVID-19, Pernah Berjumpa Beratus Orang Termasuk Perdana Menteri Boris Johnson

Sesuatu yang membimbangkan buat United Kingdom apabila Menteri Kesihatan, Nadine Dorries mengesahkan dirinya positif COVID-19. Sejurus selepas mendapat tahu keputusan tersebut, beliau telah mengasingkan dirinya di rumah dan kerja-kerja siasatan mula dilakukan.

Pada masa ini, pihak Kesihatan Awam England mula mengesan kontak rapat beliau termasuk di kementerian di mana beliau bertugas. Lebih membimbangkan, beliau dilaporkan pernah menghadiri satu majlis yang dianjurkan Perdana Menteri Boris Johnson pada Khamis lalu.

Advertisement

Beliau juga dilaporkan bertemu dengan hampir beratus orang di Parlimen pada minggu lalu semasa mula mengalami simptom-simptom wabak tersebut. Menerusi akaun Twitter miliknya, beliau turut meluahkan kebimbangan tentang ibunya yang tinggal bersamanya. Menurutnya, ibunya yang berusia 84 tahun itu mula menunjukkan simptom batuk.

United Kingdom buat masa ini telah merekodkan enam kematian akibat wabak itu dan 382 kes jangkitan berlaku dalam negara itu. Dengan kes terbaru ini, Nadine Dorries merupakan ahli politik pertama di United Kingdom yang disahkan positif wabak COVID-19.

Beberapa negara luar selain China kini giat memerangi penularan wabak tersebut dengan beberapa langkah pencegahan. Iran yang kini mencatatkan lebih 8,000 kes jangkitan sedang berhadapan dengan masalah keracunan alkohol di negara itu. Semuanya bermula daripada khabar angin yang mengatakan minuman alkohol mampu mencegah wabak tersebut.

Artikel berkaitan: Khabar Angin Minum Alkohol Boleh Elakkan Jangkitan COVID-19 Telah Mengorbankan 44 Rakyat Iran Akibat Keracunan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...