Menteri Kesihatan New Zealand Letak Jawatan Gara-Gara Isu Langgar ‘Lockdown’

Trending

Menteri Kesihatan New Zealand Letak Jawatan Gara-Gara Isu Langgar ‘Lockdown’

Menteri kesihatan New Zealand mengumumkan pengunduran dirinya semalam selepas menerima kecaman mengenai isu pelanggaran perintah ‘lockdown’. Dr David Clark mula memegang portfolio tersebut sejak tahun 2017 namun dia dilihat sebagai menteri yang tidak efektif sepanjang pemerintahannya.

Semasa New Zealand melaksanakan perintah ‘lockdown’ itu, Clark didapati telah melanggar peraturan tinggal di rumah itu sebanyak dua kali. Pertama ketika dia berbasikal ke gunung dan kali kedua ketika dia membawa keluarganya untuk perjalanan pantai 23km dari rumahnya di Dunedin.

Advertisement

Clark telah pun meminta maaf untuk kedua-dua insiden tersebut, mengatakan kepada Perdana Menteri, Jacinda Ardern bahawa dia adalah “orang bodoh” dan telah menunjukkan penilaian yang buruk. Namun, Perdana Menteri itu tidak memecatnya dengan mengatakan kepakarannya diperlukan semasa kecemasan kesihatan awam ini.

new zealand

Sebaliknya, Ardern menurunkan Clark dalam kedudukan kabinet dan mengatakan adalah keutamaan untuk menjaga kestabilan pemerintahan semasa krisis COVID-19 ini. Dalam masa seminggu sejak kemerosotan Clark, semakin banyak kritikan yang diberikan rakyat kepada Menteri Kesihatan itu.

Cadangan supaya Clark mengundurkan diri juga semakin banyak diterima di dalam kemelut pandemik ini.

Ardern mengesahkan dia telah menerima surat pengunduran diri Clark semalam. Buat masa ini, Menteri Pendidikan, Chris Hipkins akan mengambil alih portfolio kesihatan untuk sementara waktu sehingga selesai pilihan raya. Ardern mengatakan kepemimpinan Clark sebagai menteri kesihatan telah menjadi “gangguan” terhadap perjuangan melawan COVID-19.

Dia turut mengatakan adalah mustahak untuk kepimpinan kesihatan mereka mempunyai keyakinan masyarakat New Zealand. Setelah apa yang berlaku sebelum ini, kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang penting dalam menangani penularan wabak ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...