Menteri Kesihatan ‘Claim’ Minum Air Panas Boleh Matikan COVID-19 Meskipun Dah Diklasifikasikan Sebagai Mitos

Trending

Menteri Kesihatan ‘Claim’ Minum Air Panas Boleh Matikan COVID-19 Meskipun Dah Diklasifikasikan Sebagai Mitos

Setelah jumlah kes COVID-19 meningkat ke angka 1,030 kelmarin, semakin ramai penduduk Malaysia kian bimbang dengan penularan wabak ini yang semakin menjadi-jadi. Bagi membendung ianya daripada terus menjadi-jadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering kali mengingatkan semua mengenai langkah pencegahan yang efektif iaitu mencuci tangan sekerap mungkin, menyarungkan topeng muka dan mematuhi jarak sosial di antara satu sama lain.

Terbaru, Dr Adham Baba iaitu Menteri Kesihatan telah menyertai sebuah program di RTM sebagai ahli panel dan kenyataannya nyata mengejutkan ramai pihak. Menurutnya, COVID-19 boleh dibunuh dengan air minuman panas atau pun suam. Dikatakan bahawa virus itu tak sukakan ‘panas’.

Advertisement

dr adham baba

Tambahnya lagi, jikalau semua memastikan mulut dan tekak lembap sentiasa dengan meminum air, ia akan membantu menurunkan virus tersebut melalui oesophagus dan akhirnya akan dibunuh oleh asid dalam perut.

Selepas kenyataannya itu dibuat, seorang individu telah memuat naik satu entri di Twitter dan mengingatkan orang ramai bahawa tips ini adalah merepek dan tidak benar sama sekali.

Walaupun kenyataan tersebut keluar daripada Menteri Kesihatan sekali pun, tetapi ia telah dinafikan oleh beberapa pakar sebelum ini selepas ia mula tular di laman media sosial. Dr. William Schaffner, seorang pakar mengenai penyakit berjangkit mengatakan bahawa pengambilan air yang berterusan adalah digalakkan kepada individu yang sakit tetapi tiada indikasi jelas yang mengatakan bahawa ia akan melindungi pesakit daripada sebarang komplikasi.

Malahan World Health Organisation (WHO) juga telah menolak teori ini dan mengatakan bahawa memang penting untuk kekal hidrat untuk kepentingan kesuluruhan kesihatan tetapi ia tidak menghalang daripada jangkitan COVID-19.

Dr Amalina Bakri turut memberikan pendapatnya sendiri mengenai isu air panas boleh membunuh virus yang sedang menular di serata dunia kini.

Tips yang perlu diambil kira ialah menjaga kebersihan diri, mencuci tangan, elakkan daripada menyentuh muka, amalkan etika yang betul ketika batuk, duduk di rumah dan kekalkan jarak sosial lebih kurang 1 meter.

Untuk keterangan lanjut, suhu pada 60 darjah celcius boleh menyahaktifkan virus di luar badan tetapi apabila sudah berada di dalam, air panas tidak akan mampu melemahkannya.

Tak salah minum air tapi tak semestinya ia boleh membunuh virus.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...