Menteri ‘Kemas’ Meja, Kabinet Malaysia Bakal Dirombak Dalam Masa Terdekat?

Trending

Menteri ‘Kemas’ Meja, Kabinet Malaysia Bakal Dirombak Dalam Masa Terdekat?

Berita yang agak mengejut hari ini apabila sesetengah menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet.

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan perbincangan mengenai peralihan kuasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim telah dibincangkan dalam satu mesyuarat tertutup bersama dua orang lagi menteri.

Advertisement

 

Pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mendakwa, penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru, satu perubahan besar-besaran buat pemerintah negara.

rombakan kabinet

Menurut satu sumber kepada portal Free Malaysia Today,  Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, dan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali telah menghadiri mesyuarat berasingan dengan pemimpin parti mereka siang tadi, tidak menolak kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat lewat hari ini.

Advertisement

Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perubahan terbaru dalam kerajaan pimpinan beliau.

Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti. Mungkinkah akan ada kerajaan baharu?

Sumber Berita : FMT

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...