Berita yang agak mengejut hari ini apabila sesetengah menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet.
Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan perbincangan mengenai peralihan kuasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim telah dibincangkan dalam satu mesyuarat tertutup bersama dua orang lagi menteri.
Pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mendakwa, penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru, satu perubahan besar-besaran buat pemerintah negara.
Menurut satu sumber kepada portal Free Malaysia Today, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, dan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali telah menghadiri mesyuarat berasingan dengan pemimpin parti mereka siang tadi, tidak menolak kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat lewat hari ini.
Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perubahan terbaru dalam kerajaan pimpinan beliau.
Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti. Mungkinkah akan ada kerajaan baharu?