Menteri Besar Selangor; Datuk Seri Amirudin Shari Memohon Maaf Atas Posting Isterinya di Instagram

Trending

Menteri Besar Selangor; Datuk Seri Amirudin Shari Memohon Maaf Atas Posting Isterinya di Instagram

Pastinya posting yang dimuat naik oleh isteri kepada Menteri Besar Selangor telah mengundang pelbagai reaksi netizen, yang marah melihat kesenangan atau kemewahan yang diwar-warkan di laman sosial beliau sewaktu penduduk Selangor dibelenggu krisis air.

Advertisement

Terkini, Menteri Besar Selangor; Datuk Seri Amirudin Shari telah memohon maaf atas tindakan isteri beliau.

Menurutnya lagi, posting tersebut bertujuan untuk menghargai syarikat yang menghantar bantuan air ke kediamannya.

kredit – Twitter

Namun demikian, tambahnya lagi, mereka sekeluarga tiada niat untuk menunjuk ataupun mengundang kemarahan atau kritikan netizen. Ramai yang telah menganggap bahawa keluarga Datuk Seri Amirudi Shari mendapat layanan istimewa sewaktu krisis air yang berlaku akibat tumpahan minyak di Sungai Gong.

Kini, lebih dari sejuta pemilik akaun Air Selangor telah mendapat bekalan air semula ke kediaman mereka. 

Sumber : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...