Baru mendirikan rumah tangga bersama, pelakon dan pengarah, Sabri Yunus memberitahu bahawa ada pihak yang menawar dirinya untuk menjadi duta produk ubat kuat.
Namun begitu, Sabri merasakan tawaran itu tidak sesuai untuk usianya dan telah menolak tawaran berkenaan dengan baik.
Mentang-mentang kami yang dah berusia kahwin, ada pihak tawarkan produk ubat kuat dan saya tolak.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, apabila ditanya oleh pihak wartawan mengenai majlis resepsinya, pengarah terbabit meluahkan rasa terharu kerana terus-menerus diraikan oleh rakan-rakan penggiat industri serta orang luar.
Bercerita lanjut, Sabri memberitahu ada majlis resepsi lagi yang akan dilakukan, di mana jumlah keseluruhannya adalah tujuh termasuk di Kelantan secara besar-besaran.
Sekadar info, Sabri Yunus dan Angelina Tan selamat mendirikan rumah tangga bersama pada 13 Oktober lalu dan berita tersebut sememangnya membuat ramai pihak berasa terkejut serta teruja.