“Mentaliti Penuh Dengan Setan” – Teruk Dimaki ‘Keyboard Warrior’, Raja Ilya Sangkal Dakwaan Sokong Gal Gadot

Hiburan

“Mentaliti Penuh Dengan Setan” – Teruk Dimaki ‘Keyboard Warrior’, Raja Ilya Sangkal Dakwaan Sokong Gal Gadot

Selepas teruk dikecam netizen susulan meninggalkan komen di hantaran pelakon antarabangsa berasal dari Israel, Gal Gadot, Raja Ilya tampil pertahankan dirinya.

Melalui video yang dimuat naik oleh pihak mStar di TikTok, aktres tersebut meninggalkan komen ‘stay safe’ hanya atas dasar prihatin terhadap manusia kerana menyangkakan Gal Gadot berada di lokasi ketika perang berlaku.

Advertisement

Sama sekali tidak mempunyai niat lain selain komen sebagai seorang peminat dan tidak sangka netizen membenci pelakon terbabit, memandangkan filemnya ditayang di Malaysia.

Dakwa Ilya, dirinya sudah difitnah bahawa menyokong Israel oleh keyboard warrior hingga dimaki hamun dengan bahasa yang kesat.

Rasa macam mentaliti dorang penuh dengan setan. It’s very devilish. Orang buat salah, orang minta maaf, orang tu tak buat salah sekali pun, orang minta maaf you accept then move on.

Katanya lagi, dia ada menderma sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada rakyat Palestin sebagai tanda sokongan bukan seperti didakwa netizen.

Raja Ilya Gal Gadot mohon maaf
7 months ago

"Jiwa Saya Tetap Untuk Orang Palestin" - Raja Ilya Mohon Maaf Tinggal Komen 'Stay Safe' Di Instagram Gal Gadot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...