Selepas teruk dikecam netizen susulan meninggalkan komen di hantaran pelakon antarabangsa berasal dari Israel, Gal Gadot, Raja Ilya tampil pertahankan dirinya.
Melalui video yang dimuat naik oleh pihak mStar di TikTok, aktres tersebut meninggalkan komen ‘stay safe’ hanya atas dasar prihatin terhadap manusia kerana menyangkakan Gal Gadot berada di lokasi ketika perang berlaku.
Sama sekali tidak mempunyai niat lain selain komen sebagai seorang peminat dan tidak sangka netizen membenci pelakon terbabit, memandangkan filemnya ditayang di Malaysia.
Dakwa Ilya, dirinya sudah difitnah bahawa menyokong Israel oleh keyboard warrior hingga dimaki hamun dengan bahasa yang kesat.
Rasa macam mentaliti dorang penuh dengan setan. It’s very devilish. Orang buat salah, orang minta maaf, orang tu tak buat salah sekali pun, orang minta maaf you accept then move on.
Katanya lagi, dia ada menderma sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada rakyat Palestin sebagai tanda sokongan bukan seperti didakwa netizen.