Mentaliti Penaja Terhadap Artis Tempatan Sangat Menyedihkan – Ziana Zain

Hiburan

Mentaliti Penaja Terhadap Artis Tempatan Sangat Menyedihkan – Ziana Zain

Selepas adiknya berjaya melakukan konsert solo, Ziana Zain juga sebenarnya ada menyimpan hasrat untuk menjayakan perkara yang sama. Sayangnya, kos konsert berskala besar boleh mencecah angka RM2-3 juta. Satu angka yang tak mampu disediakan tanpa penajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

ziana zain

Advertisement

Namun apa yang menyedihkan ialah apabila artis-artis tempatan ingin melakukan konsert sebegini, tiada penaja yang sanggup untuk membantu. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Ziana Zain di Kosmo hari ini. Walaupun namanya sudah gah dan besar di dalam dunia hiburan, masih sukar buat Ziana untuk mencari penaja. Kata Ziana:-

Itulah sebenarnya, di manakah pergi semua penaja? Kenapa tidak ada penaja yang sanggup menaja kami artis tempatan? Namun, untuk membawa artis luar negara, penaja dilihat begitu berminat. Mentaliti sesetengah penaja ini cukup menyedihkan kami. Ingin saya kongsikan bahawa di Malaysia, kalau seseorang penyanyi itu hendak buat konsert, ada yang sanggup jual rumah dan kereta. Rintihan kami tidak mendapat perhatian mereka. Jadi, saya berharap selepas ini ada pihak yang buka mata dan dapat menaja penyanyi kita untuk buat konsert solo sendiri di tempat sendiri.

ziana zain

Ada betulnya kata-kata Ziana Zain itu. Kalau artis antarabangsa yang suam-suam kuku pun ramai yang berebut nak taja. Kalau artis tempatan yang hebat macam Ziana Zain, Anuar Zain, Siti Nurhaliza dan ramai lagi kesemuanya buat tak tahu je. Sampai kena keluarkan duit sendiri. Mungkin itulah nasib artis Malaysia. Kena mengemis di negara sendiri. Sedih jugak kan?

P.S: Evolusi logo syarikat ternama di dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...